tak sabar rasa nk mcuba set ini,dari pglamn rakan blog iaitu shaz,bersungguh2 mgatakan baik! oohh mmg tak sabar utk mcuba...dan terima kasih kat shaz sbb sudi mghntar msg tiap kali discount dari NR =) dan yg paling2 berterima ksih kpda suamiku =) macih syg krana sudi belikan yer =) i syg u lebiHHHHhhh muaXXxxx!!
BATU TUNGKU SUNGAI:
aku jugak tak ketingalan utk merasa apa itu bertungku!!! seronok ker bila bertungku? bila rasa org menuam2 perut ngn batu yg hangat? huhu semuanye jadi tnda tnya,hnya tunggu dan lihat bulan depan =)
KNP HARUS BERTUNGKU?
ehmm aku pun tak thu cuma dapatkan info dari MR.GOOGLE.
JAWAPANNYE:"Salah satu amalan yang tidak di lupakan sewaktu berpantang ialah amalan bertungku. Tujuannya untuk menecutkan rahim dan memecah darah kotor supaya mengalir keluar di samping mengelakkan penyakit meroyan. " info tekan cni


utk batu tungku aku mgunakan BATU SUNGAI yg sebesar tapak tangan... batu ini kalo ikutkan muda di cari,tapi aku tak perlu susah2 nk mncari kerana batu sungai ini awal2 aku dah pinjam dari rakan yg sudah beranak dua.. hahha jimat masa jimat tenaga =) pinjam sahaja sudah..... perpun terima kasih pada empunya batu EMMA coz sudi meminjamkan batu ini yer...
BENGKUNG:
tak lupa berbengkung.. hahah mcm iya2 jer aku ini nk berpantang betol2 ngn bengkung sebagai...kikiki silap2 1-2 hari jer berbalut bengkung di badan... al kisah ngn prangai aku yg x myabar2 hahaha per pun just wait n see jer lah next month... ok bg bengkung pulak aku mgunakan bengkung dari SENDAYU TINGGI... bngkung turun kemurun kiki jimat sungguh jimat,kisahnya kakak2 aku sblum ini semua mgunakan set bersalin ST,jadi aku lah yg mewarisi bngkung tersebut... hahahhha pandai tak?? if tak pakai pun tak ralat! kotar or sebaganye pun tak kisah.. sbb bukan duit i yg beli.. hahahahah =) 
org sibuk nk berbngkung aku pun nk,tapi thu tak korang knp kita berlu berbngkung? ehm per pun jom baca info ini... INFO dari cni
Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung...
Perlukah saya memakai bengkung?
Perlukah saya memakai bengkung?
* Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.
Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas.
* Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.
Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.
Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)
Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
* Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
sekian terima kasih =)
2 comments:
salam
set NR mmg sangat puas hati..sy dah guna lps 5x bersalin, normal & czer...memang beshhh
aritu my fren beli set NR tu kat bidanbersalin.blogspot.com RM290 je tau azie. free pos lak tu. kite pun ingat nak beli yg tu gak sbb ramai yg guna ckp best ^_^
Post a Comment